Anda sedang mencari hadiah untuk ibu tersayang dan buntu apa yang hendak diberi? 

Tiada idea nak beri apa hadiah yang istimewa untuk ibu anda? 

Jangan pening kerana banyak hadiah yang menarik anda boleh beri dan hadiahkan kepada ibu yang tersayang. 

Sebagai anak, jangan terlalu berkira dan kedekut untuk membelikan sesuatu kerana besar pengorbanan seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan kita.

 

Cadangan Hadiah Hari Jadi Ibu

  1. Barang Kemas

Percayalah wanita dan barang kemas tak dapat dipisahkan. Emas bukan sahaja cantik malah ianya boleh dijadikan pelaburan yang menguntungkan.

Jika anda mempunyai bajet yang kurang, boleh saja beli emas bangkok kerana yang penting anda ikhlas untuk memberikan kepadanya.

     2. Mesin Urut

mesin urut

Semakin lanjut usia semakin kerap badan akan sakit. Jadi, mesin urut yang bersesuai satu pilihan yang bagus untuk melegakan kesakitan otot-otot mereka.

Terdapat banyak jenis mesin khas seperti di bahagian leher sahaja, kaki, separuh badan atau satu badan. Ia bergantung dengan bajet anda.

   3. Alatan Berkebun

alatan berkebun

Ibu anda gemar bercucuk tanam? Hadiahkan saja pekakas berkebun yang baharu kepada ibu tersayang.

Barangan bercucuk tanam adalah wajib ada di setiap rumah lagi-lagi untuk mak kita yang suka menanam.

Barang yang sesuai seperti pasu bunga, pokok bunga, sarung tangan atau alatan berkebun mini untuk mak yang suka berkebun dan bercucuk tanam.

   4.Pakej Umrah

pakej umrah

Anda ada bajet yang lebih? Jom berikan hadiah bermakna dengan menampung perbelanjaan ibu anda untuk menunaikan umrah.

Sudah semestinya akan dikenang sampai bila-bila.

Hajat terbesar bagi setiap Muslim untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan haji dan umrah.

Pastikan anda membeli pakej umrah di syarikat umrah yang dipercayai untuk mengelakkan anda tertipu.

   5. Minyak Wangi

hadiah hari jadi ibu

Minyak wangi atau perfume adalah antara hadiah yang terbaik untuk semua ibu kerana semua wanita akan menyukainya.

Di tambah lagi bila diberi mengikut jenama dan bau kesukaannya.

Pastikan sebelum beli, ambil tahu kesukaan ibu anda atau ingat minyak wangi yang ibu anda pernah pakai.

Anda boleh dapatkan minyak wangi dari Dexandra dengan klik pada pautan di sini

   6.Tudung

Selaras dengan peredaran zaman, ibu anda pasti telah mengubah stail tudung.

Apa kata anda hadiahkan mereka tudung yang bersesuaian dengan fesyen mereka yang terkini?

Berikan saja tudung yang baru, sebab perempuan tidak akan cukup dengan satu jenis warna dan corak tudung!

Ada boleh dapatkan pelbagai jenis tudung di Jalan TAR atau pusat beli belah terkemuka. Pasti rambang mata dibuatnya!

    7.Beg Tangan

hadiah hari jadi ibu

Hampir semua wanita sukakan beg tangan kerana fungsinya untuk membawa barangan yang wajib dibawa ketika keluar rumah untuk membeli belah atau urusan lain.

Oleh itu, jika ibu anda sudah lama tidak menukar beg tangan, inilah masa yang sesuai untuk beli.

Kebiasaan para ibu suka beg tangan yang sedikit besar yang mempunyai banyak ruang untuk menyimpan pelbagai barang.

    8. Barangan Penjagaan Diri

barangan penjagaan diri

Adakah ibu anda yang jenis mementingkan penjagaan diri?

Jika ya, hadiah ini sangat sesuai untuknya. Tempah slot di spa yang terbaik dan bawa ibu anda untuk buat urutan kaki atau badan.

Semestinya, ianya akan memberikan pengalaman yang mengasyikkan.

Perasaan lega dan tenang selepas bermanja di spa akan menambahkan mood baik ibu anda.

    9. Jam Tangan

jam tangan

Jam ialah hadiah yang dikira paling elegan yang dapat berikan kepada ibu anda. Ia sangat sesuai dipakai untuk ke tempat kerja atau kerja harian.

Jam ada pelbagai bentuk, saiz dan material. Ia memberikan imej anggun & elegan mengikut material yang digunakan.

    10. Alat Solek

Buat ibu yang gemar bersolek, sudah tentu mereka akan menyukai hadiah berbentuk alat solek diberikan kepada mereka.

Mereka akan sangat hargai dan akan berasa cantik dan konfiden dengan diri mereka.

Baca Juga

7 Hadiah Untuk Perempuan Yang Simple dan Berharga

Dewasa kini, hadiah untuk ibu tidak sukar dicari memandangkan banyak jenis  hadiah yang dijual dimana-mana kedai atau secara dalam online.

Namun, pastikan barangan yang anda beli dapat memberi manfaat kepada ibu anda dan disukai olehnya.

Selain itu, anda juga boleh membuat hadiah untuk ibu kesayangan sendiri mengikut kreativiti dan idea anda. 

Sebagai contoh, menjahit baju, alas meja, langsir atau mengubah dekorasi di rumahnya.

Banyak pilihan hadiah yang boleh diberikan sebagai hadiah hari jadi ibu anda. Tidak semestinya mahal. 

Anda boleh beli ikut kemampuan anda tersendiri. Yang paling penting setiap pemberian adalah ingatan buat ibu tersayang.

Jenama De’Xandra merupakan salah satu syarikat pengeluar minyak wangi nombor 1 di Malaysia dan telah memenangi beberapa anugerah bagi kualiti produk mereka. 

Minyak wangi De’Xandra bukan sahaja wangi namun ianya juga sangat tahan lama dan berkualiti tinggi.

Sesetengah rakyat Malaysia memilih De’Xandra sebagai minyak wangi mereka dan mempunyai sebanyak 19,000 penjual yang mendaftar.

Anda hanya perlu beli di laman sesawang De’Xandra atau boleh hubungi agen sah mereka untuk sebarang pembelian.

Tunggu apa lagi?

DAPATKAN MINYAK WANGI DE’XANDRA UNTUK IBU TERSAYANG!

October 22, 2022 — de-xandra Admin