Pewangi kereta merupakan satu aksesori kereta yang harus diletak di dalam kenderaan anda untuk memberi haruman dan bau yang wangi.

Harganya tidak mahal dan sangat senang untuk dicari.

Tetapi, masih ramai tidak letakkan di dalam kereta dan sangat merugikan.

Bau-bau yang kurang menyenangkan seperti makanan dan asap akan menyebabkan bau hapak dan kepam di dalam kereta.

Di dalam artikel ini, kami akan memberitahu lokasi paling bagus untuk letak pewangi kereta serta pilihan pewangi yang anda boleh dapati di De’Xandra.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat info tersebut!

Cara Berkesan Letak Pewangi Kereta

pewangi kereta

Di bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda cara yang terbaik untuk letak pewangi kereta supaya ia dapat berfungsi dengan baik.

Ramai orang akan letak pewangi kereta di atas dashboard. Namun, ramai orang kata bahawa terdapat lokasi lain yang lebih sesuai.

Ini mungkin akan mengejutkan anda tetapi, tempat yang paling sesuai dan berkesan untuk letak pewangi kereta anda adalah bawah kaki bahagian penumpang! Ini kerana, udara akan diserap dan akan dikeluarkan semula melalui aircond kereta anda.

Dengan itu, segala bau busuk akan hilang kerana kereta anda akan bau wangi.

Namun, tidak semua pewangi kereta sesuai untuk diletakkan di situ. Bagi kereta yang kecil, pewangi kereta boleh digantung di cermin pandang belakang kereta supaya ia menghadap aircond.

Dengan ini, bau yang dihasilkan oleh pewangi tersebut akan memenuhi kereta anda melalui aircond tersebut.

6 Pilihan Pewangi Kereta Di De’Xandra

Jika anda masih mencari pewangi kereta yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, anda boleh rujuk cadangan-cadangan kami iaitu pewangi dari De’Xandra!

  • Passion Fine

pewangi kereta air freshener

 

Pewangi kereta De’Xandra pertama dalam cadangan kami ialah Passion Fine.Perfume kereta ini diperbuat daripada gabungan aroma buah-buahan dan sayur-sayuran.

Bau wangi daripada Passion Fine ini boleh membantu anda untuk berasa tenang terutamanya semasa memandu pulang ke rumah setelah penat seharian di tempat kerja.

  • Rose Forest

air freshener

 

Pewangi wangi kereta yang seterusnya ialah Rose Forest. Wangian ini berasaskan daripada bunga ros seperti namanya sendiri.

Minyak wangi ini akan memberikan bau yang segar dan menenangkan. Ini sudah pasti dapat memberikan kesegaran kepada penumpang di dalam kereta anda.

  • Coffee Warm

air freshener

Coffee Warm juga merupakan salah satu pewangi yang kami cadangkan kepada anda.

Pewangi ini tentunya akan membuatkan anda berasa segar kerana aroma kopinya yang kuat. Aroma ini dapat membangkitkan minda dan mood anda dengan sangat mudah.

Perfume ini sesuai bagi jika anda sukakan kopi!

November 30, 2022 — de-xandra Admin