Army in You Perjuangan dan Pengorbanan, iaitu tema yang dipilih untuk menterjemahkan koleksi wanigan terbaru De’Xandra X MK

 Sabah, 15 Oktober 2022 – Pelancaran produk terbaharu daripada De’Xandra, iaitu “Army In You”. Kini, berkerjasama dengan  MK K-Clique selaku selebriti bagi kempen ini. Diinspirasikan dengan kisah pengorbanan dan perjuangan hidup K-Clique yang diangkat sebagai tema perfume kali ini. Juga mempunyai persamaan pengorbanan De’Xandra dalam perniagaan selama 7 tahun dalam industri minyak wangi.

 Pengorbanan  Hidup MK K-Clique

 Telah diceritakan dalam lagunya “Mimpi”. Bagaikan bermimpi, MK K-Clique berjaya mengharungi perjalanan membina karier di Semenanjung.  Dengan berat hatinya, dia terpaksa meninggalkan kampung halamannya serta ibu demi pengorbanan hidupnya sebagai seorang  anak demi menyara adik-beradiknya. Berbekalkan doa dan  restu daripada  ibunya, beliau berjaya membina nama sebagai seorang selebriti di Semenanjung. Sebelum kejayaan dicipta pada hari ini, beliau pernah bekerja bersama rakan-rakannya sebagai penarik kereta.

 Dengan cabaran hidup yang mencabar dirinya, MK K-Clique semakin bersemangat untuk meneruskan kehidupannya. Pengalaman ini lah yang menjadikan beliau semakin berani mengorak langkah ke hadapan untuk lebih berjaya. Berbaloi usaha beliau selama ini, meninggalkan kampung halamannya serta ibu dan adik-beradiknya.

  Pengorbanan dan perjuangan De’Xandra : Army In You

 De’Xandra memberi nama kempen kali ini dengan “Army in You” yang membawa maksud perjuangan serta pengorbanan askar dalam mencapai sasaran. Menjadi askar, terpaksa meninggalkan keluarga tersayang demi perjuangan yang belum tentu pulang kepangkuan keluarga dengan selamat. Ini lah pengorbanan terbesar buat askar demi keluarga, untuk kesejahteraan negara.  Tanpa sasaran yang jelas, pasti sukar untuk menang dalam perjuangan tersebut. Inspirasi juga memainkan elemen penting dalam kehidupan.  Tanpa matlamat jelas, sukar untuk maju berhadapan dengan musuh.

 Sedikit Info tambahan ( Pengorbanan De’Xandra ) :

Begitu juga pengorbanan dan perjuangan  yang telah dilakukan oleh De’Xandra

 

  1. De’Xandra telah berada 7 tahun dipasaran dunia dalam industri minyak wangi.
  2. Satu-satunya produk muslim yang kukuh sehingga berjaya menembusi pasaran luar negara seperti Indonesia, Singapore, Cambodia, China, Hong Kong dan juga Brunei Darul Salam.
  3. De’Xandra telah memenangi market share di Malaysia, iaitu berjaya mengalahkan jenama antarabangsa terkemuka.
  4. Menawarkan satu platform mudah, yang menawarkan 7 income dengan produk De’Xandra sahaja.
  5. Mengimport  bahan mentah seperti botol-botol wangian dari 4 negara untuk dijadikan produk.

 Begitu juga dengan pengorbanan dan perjuangan De’xandra, kali ini menyasarkan  pasaran di Sabah. Oleh itu, MK K-Clique dipilih sebagai  Selebriti pilihan “Army in You”. Dengan anggaran julat umur pengguna antara 25 sehingga 50 tahun iaitu lelaki dan wanita. Koleksi MK menampilkan pakej Sapu Rata, Pakej Mimpi, dan Pakej Merais selaku hari pelancaran.

Inspirasi oleh MK K-Clique, MK Set Limited Edition

Army in You, diinspirasikan sendiri oleh MK K-Clique. Kempen ini diberi nama “Army in You” kerana mengangkat kisah perjuangan penyanyi yang berasal dari Negeri  dibawah Bayu. 

Istimewanya, pilihan bauan wangian daripada beliau sendiri. Bauan yang mampu memberikan semangat kepada sesiapa sahaja yang menggunakan MK Set Limited Edition. Ia turut dikatakan bauan seakan-akan MK K-Clique.

MK Set kotak pink, diinspirasikan melalui insan tersayangnya iaitu Ibu beliau sendiri. Beliau melahirkan rasa sayangnya terhadap individu yang menjadi tulang belakang kejayaan beliau sehingga kini.

Pelancaran MK Collection Pengorbanan dan Perjuangan De’Xandra X MK K-Clique

Majlis pelancaran   di Suria Mall, Sabah. Telah dirasmikan  oleh pengasas De’Xandra sendiri iaitu Puan Ernayanee Nur Binti Julaimi, CEO En. Mohd Safwan Bin Ismail, serta Duta MK K-Clique. Juga diperhatikan oleh 2 Emcee pada hari tersebut. Sesuai dengan tagline mereka, “De’Xandra, memikat melekat teringat-ingat”. Suasana menjadi gamat, apabila wangian di sembur ke ruang udara dalam beberapa saat oleh mereka bertiga.

 

IMG_9998 - Edited (1)

MK Collection Pengorbanan dan Perjuangan De’Xandra X MK K-Clique

Bauan sebenar Perfume MK Set Collection.

Perfume for Him 

Charming aromatic-woody fragrance, infused with edgy green and spicy notes, while capturing the woods and amber in the base.

Ingredients : Citrus, Pink Pepper, Sandalwood.

mk for him

Perfume for Her

 A bold and sophisticated blend of  juicy citrus notes, aromatic lavender, sensual floral fusion, daring musk and amber accords.

Ingredients : Pineapple, Floral Fusion, Musk.

 

 Hadiah bernilai RM 100,000

 Rezeki penduduk Sabah kerana berpeluang memenangi hadiah bernilai RM 100,000.00. Sepanjang 2 hari berkampung di Suria Mall, pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti  cabutan bertuah, ‘wheel of fortune’, ‘giveaway’, booth jualan, Photo booth, persembahan lagu secara langsung daripada MK K-Clique dan sesi temubual Emcee  bersama founder dan selebriti De’Xandra.

 Seramai 5,000  peserta yang mencuba nasib untuk Lucky Draw. Namun, rezeki  hanya  berpihak kepada 30 pemenang bertuah sahaja. Pemenang dipilih secara rawak oleh CEO En. Mohd Safwan Bin Ismail bersama Badrul Haziq selaku hos. Pemenang lucky draw bukan sahaja membawa pulang wang ringgit, malah Set MK dan juga Merchandise.

 

IMG_7365 (1)

 Sewaktu siaran ke udara melalui media sosial, banyak kejutan yang dilakukan oleh De’Xandra kepada penduduk Sabah bagi menyemai rasa cinta kepada produk.

 Bagi menyemai rasa kasih dan cinta kepada penduduk Sabah.  MK K-Clique juga memberikan sample percuma sebanyak 5,000 unit perfume kepada pengunjung di Suria Mall selama tempoh 2 hari pelancaran. Semuanya boleh didapati di booth De’Xandra. Ini juga pengorbanan De’Xandra yang terbesar. 

 Pencarian Reseller De’Xandra

 Walau bagaimanapun, permintaan perfume De’Xandra  diluar jangkaan bagi penduduk Sabah. Uniknya, produk De’Xandra mudah dijual serta mempunyai keuntungan yang tinggi. Oleh itu, kami membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi reseller. Tujuannya bagi memudahkan penduduk sekitar mendapat produk secara offline  dengan reseller terdekat tanpa perlu membuat belian secara atas talian. 

 Jutaan terima kasih  buat  Debrog  Sportwear atas kolaborasi dalam penghasilan T-Shirt ‘Army In You” yang menawarkan t-shirt jenis Jersey premium, sublimation Limited Edition MK.  Serta Shopping bag yang cantik rekaannya dan berkualiti daripada Label Sendiri.

October 19, 2022 — de-xandra Admin