1 November yang lalu merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh semua peminat De’Xandra. Ini kerana Set botol miniature De’Xandra Discovery Set telah dilancarkan kepada orang ramai!

 Wah…cantik bukan?

Botol spray kecil 3ml ini akan menggantikan botol tester jenis bebola yang telah digunakan sejak awal pengeluaran wangian De’Xandra. Botol yang ‘legend’ ini asalnya dibekalkan kepada para reseller sebagai botol ‘tester’ yang digunakan untuk tujuan promosi dan pameran di kisok jualan. Namun, terdapat ramai juga penggemar De’Xandra yang membeli botol tester untuk kegunaan harian kerana ia lebih kecil dan lebih menjimatkan, terutamanya kepada mereka yang suka bertukar-tukar wangian setiap hari. Ada juga yang membeli tester banyak-banyak untuk diberikan sebagai hadiah kepada rakan, saudara mahupun sebagai goodie beg.

gambar dari @mimiroro.dexandra.

Jadi, disebabkan tester ni selalu menjadi rebutan ramai (dan juga atas permintaan ramai yang inginkan design botol yang lebih elegan), De’Xandra melancarkan tester set yang baru ini, dinamakan De’Xandra miniatures. Tester ini dikeluarkan dalam warna black-gold untuk wangian lelaki dan white-gold untuk wangian wanita. Tak adalah tersilap pakai wangian cik abang lagi, ops!

Bukan itu saja ia disertakan dengan kotak atau kad yang elegan beserta ucapan ringkas, sesuai untuk menjadi ole-ole atau bingkisan kepada seseorang.

Satu botol miniature ini dipasarkan dengan harga RM15 sebotol termasuk gift card (RM12 tanpa gift card). Untuk yang ingin membeli sekotak, ia lebih berbaloi dengan RM70 per 5 botol.

Lebih menarik lagi, untuk masa terhad ini, satu kotak ini hanya berharga RM60 saja! Wow!

 

Jadi macam mana? Wangian yang sama, lebih kompak, lebih cute, dan lebih berpatutan! Bolehlah sentiasa bergaya ke mana saja kan? Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, boleh layari laman kami di shop.dexandra website ataupun terus ke kiosk reseller yang berdaftar.