Alhamdulillah bersiaran lagi kita di dalam Dexandra Grand Awards night buat tahun 2019 ini. Awards Night ini diadakan bagi meraikan keseluruhan reseller De’Xandra yang aktif dan setiasa bersemangat menjalankan perniagaan serta memberikan hubungan yang baik bersama pihak HQ De’xandra. Dalam event kali ini ia diadakah di Royale Chulan Kuala Lumpur pada 16 November 2019 dan dihoskan oleh selebriti Dayah Bakar dan Haziq HotFM serta diserikan persembahan penyanyi/pencipta lagu, Ippo Hafiz.

 

Tema pada malam ini adalah Glam dan semua hadirian tidak mahu kalah dengan pakaian penuh berkilauan dan cantik. Namun pakaian terbaik jatuh kepada Pn Norhidayah Mohd Karim yang memakai gaun berwarna keemasan serta En Md Rizal Abdul Hamid dengan tuxedo glamornya.  Mereka masing-masing ditabalkan sebagai Queen and King of the Night.

Selain daripada itu, anugerah diberikan kepada sepuluh reseller berprestasi tinggi yang sentiasa konsisten dalam jualan mereka dengan nilai hampir satu juta ringgit untuk tahun ini. Mereka adalah:

 

 1) Nur Aliah Bt Mohd Nor dengan nilai jualan RM2,011,337.50

 2) Azhar Bin Azif dengan nilai jualan RM1,868,022.32

 3) Md Zahir Bin Che Pa dengan nilai jualan RM1,468,297.82

 4) Norzahana Bt Ismail dengan nilai jualan RM1,457,385.77

 5) Nurul Ilyani Bt Ruslan dengan nilai jualan RM1,145,764.32

6) Siti Khadijah Bt Ahmad Siuti dengan nilai jualan RM1,100,525.32

 7) Jefrizin Bin Abu Nawas dengan nilai jualan RM1,083,828.02

 8) Catherine Lawrence dengan nilai jualan RM1,041,668.47 

 9) Noorasikin Bt Abdul Rahman dengan nilai jualan RM 972,159.50

 dan 10) Sharifah Binti Ngadiron dengan nilai jualan RM 947,634.03. 

Selain daripada itu, tiga reseller dari senarai ini, Nor Aliah bt Mohd Nor, Jefirizin b. Abu Nawas, dan Azhar bin Azif juga memenangi award tambahan.

 

Anugerah Hall of Fame De’Xandra diterima Nor Aliah kerana beliau sememangnya layak untuk menerima anugerah ini atas usaha keras yang ditunjukkan dalam menaikkan nama De’Xandra. Beliau bukan saja berjaya membuat jualan yang tertinggi di antara stokis-stokis De’Xandra, malahan telah membina imej yang baik sebagai social-media influencer dengan imej bersih serta perkongsian yang berinspirasi.

 

Encik Jefrizin atau Papa Jeff nama glamornya, menerima Anugerah De’Xandra Lifetime Award yang sebelum ini disandang oleh Puan Ernayanee Nur. Undian sebulat suara menyatakan bahawa beliaulah calon yang layak untuk menerima anugerah ini di tahun ini. Penganugerahan ini diberikan kerana Papa Jeff menunjukkan contoh terbaik kepada semua stokis yang mana mutu kerjanya, keperibadiannya, kemesraan dan juga penghormatannya terhadap De’Xandra yang tidak berbelah bagi, penilaian ini juga dinilai bukan sahaja pada tahun ini tapi juga tahun-tahun berikutnya.

 Untuk award reseller paling berpengaruh, ditabalkan kepada En. Azhar Azif. Stokis yang sentiasa memberikan contoh terbaik dalam jualan yang dilakukan, stokis ini juga sentiasa memberikan impak dalam prestasi yang diberikan. Idea dan ilmunya tidak lekang bahkan cuba menyatukan stokis dan ingin melihat stokis lain bergerak seiring dengannya. Tidak hairanlah beliau menjadi Stokis Paling Influential tahun ini.

 

Dan upacara yang paling ditunggu-tunggu adalah pemenang hadiah bertuah Mazda CX5 merah menyala yang dibawakan khas ke pentas Royale Chulan Hotel pada malam itu. Nasib menyebelahi Puan Louis Jumpot, Reseller kawasan Kajang kerana namanya direzekikan sebagai pemilik Mazda tersebut. Tahniah Puan! Beliau yang berpakaian serba merah tidak menyangka bahawa nombor bertuah “5” yang dicabut pada proses undi itu merupakan nombor yang mentakdirkan kereta mewah ini.

 

 

Pihak De’Xandra HQ mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang pada malam itu. Dan tidak lupa juga kepada semua kru, juruacara, urusetia, penganjur venue dan lain-lain pihak yang membantu dalam memastikan kelancaran majlis ini. Semoga ukhwah antara kita terus mekar dan terus dilimpahi rezeki yang berterusan oleh Allah S.W.T.