Selebriti antarabangsa sentiasa kelihatan sempurna dan elegan tidak kira masa. Dengan itu, tidak hairanlah mereka sentiasa menjadi panduan gaya bagi para peminat dari seluruh dunia. Bagi penggemar wangian pula, selebriti dan wangian tidak dapat dipisahkan. Dikatakan bahawa personaliti seseorang selebriti mempengaruhi wangian yang mereka pilih, oleh itu wangian dilihat sebagai ‘jendela’ ke dalam peribadi mereka. Tidak hairanlah apabila seseorang idola memberitahu jenama wangian kegemaran mereka, peminatnya akan terus beli hingga sold out di pasaran!

Berikut adalah selebriti yang terkenal, dan wangian kegemaran mereka. Antara wangian semua ni, yang mana anda pernah bau dalam line produk kami? 🙂

  • Kate Middleton – Jo Malone Orange Blossom. Tidak dapat dinafikan lagi, Kate Middleton adalah simbol gaya elegan dan sopan. Dikatakan Kate sangat menggemari Jo Malone hinggakan semua lilin dalam majlis perkahwinannya menggunakan wangian Orange Blossom ini.

 

  • Megan Fox – Armani Code. Siapa tidak kenal si jelita dari Transformers ni? Megan Fox dan suaminya, Brian Austen Green kedua-duanya meminati Armani Code. Wangian yang berbau segar ini cukup sesuai untuk kedua-dua mereka yang fit dan aktif.

 

  • Anne Hathaway – Chanel Chance. Gadis yang naik namanya sejak filem remaja Princess Diaries ini menggemari bau yang klasik elegan seperti Chanel Chance. Katanya, “…bagi saya, wangian, dipadankan dengan baju dan gaya rambut boleh mendedahkan personaliti sebenar kita.”

 

  • Blake Lively – DKNY Fresh Blossom. Fresh Blossom merupakan wangian kombinasi epal-ros yang ceria dan berjiwa muda, sepertimana pelakon yang terkenal dengan siri remaja Gossip Girls ini.

 

  • Alicia Keys – Bvlgari. Siapa tidak kenal penyanyi This Girl is On Fire ni? Beliau juga sebenarnya obses dengan banyak jenis perfume. Tapi yang paling top dalam senarainya ialah Bvlgari kerana katanya, “Setiap haruman dari Bvlgari, memang ajaib!”

 

  • Hayley Williams, Miley Cyrus – M. Jacobs Daisy. Dua penyanyi remaja ni berasal dari genre berbeza- seorang punk rock, seorang lagi pop ballad. Tapi kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu menggemari pewangi dengan botol bentuk bunga ni. Pewangi Daisy ni berbau strawberi dan vanilla, sesuai untuk kedua-duanya yang jenis ceria dan gila-gila.

 

  • Cameron Diaz, Drew Barrymore – Petite Cherie. Kedua-dua pelakon ini sama-sama menempa nama dalam filem trio perisik Charlie’s Angels. Bau ros liar dan peach dalam Petite Cherie cukup menggambarkan seseorang yang manis, sifat yang ringkas namun penuh misteri dan sukar diduga.

 

  • Common – Only the Brave. Mungkin ramai yang tidak mengenali Common. Tapi bagi peminat genre rap, Common adalah nama besar dalam kedua-dua industri nyanyian dan lakonan. Dia juga dikenali dengan bau yang sangat menggoda, bak kata Kate Beckinsale, “Saya tak pernah jumpa manusia lain yang bau sewangi Common!”

 

  • Bruce Willis – A*Men. Pelakon yang terkenal dengan karekter hero ini semestinya berminat dengan pewangi yang serupa. A*Men ialah wangian maskulin yang garang dan menarik perhatian.

 

  • Jared Leto – CK One. Penyanyi rock ini sudah lama bertapak dalam industri dengan lagu seperti Beautiful Lie dan Kings and Queens. Namun beliau kembali popular dengan watak Joker, musuh Batman. Seperti wataknya, wangian ini misterius dan androgynous.

Ha, ini selebriti Barat saja. Agaknya, yang diminati selebriti tempatan?

Mestilah De’Xandra!

Wangian dengan inspirasi bau antarabangsa tapi harga tempatan. Lebih menjimatkan dan menggembirakan hati juga.

Tak begitu !