Tahukah korang, dengan serendah 88sen sehari kini korang boleh tampil berkeyakinan dari pagi ke petang? Lagi murah dari harga sebungkus nasi lemak yang korang beli untuk breakfast hari-hari tu. Ha macam tu lah berpatutan harganya sebotol BODY ODOURLESS ni. Cukup sebotol untuk tahan lebih dari sebulan. Paling banyak pun spray 3 atau 4 kali, dan bermacam masalah korang boleh ‘settle’. Jom admin sharekan 5 kegunaan tentang Body Odourless De’Xandra yang mungkin ramai tidak tahu.

Menghilangkan bau badan

Masalah bau badan adalah satu mimpi ngeri bagi setiap orang. Bukan sahaja orang di sekeliling tidak selesa dengan bau kita, kita pun jadi kurang berkeyakinan nak berhadapan dengan orang lain. Lagi-lagi apabila kita nak berada dekat dengan orang yang kita sayangi, tentulah kita tak mahu bagi mereka tak senang dengan bau kita. Mujur komponen garam mineral dalam Body Odourless ni membunuh bakteria penyebab bau badan. Dan lebih baik lagi ia tiada aluminium yang biasanya ada dalam deodoran komersil. Jadi selamat untuk kegunaan kulit sensitif!

Membantu masalah kaki berbau

Masalah kaki berbau bukan lagi perkara yang pelik terutamanya kalau kita memakai kasut sepanjang hari. Tambahan pula apa bila kaki kita cepat berpeluh, lagi lah menyumbang kepada masalah kaki berbau ini. Masalah kaki berbau ini akan jadi lebih teruk sekiranya kita memakai kasut yang lembab, stokin yang tak menyerap serta dan tidak mencuci kaki dengan betul. Sepertimana menghilngkan bau badan, Body Odourless juga boleh membunuh bakteria penyebab bau kaki.

Menghilangkan bau hancing

Apabila kita ada anak kecil pasti pernah mengalami anak kencing di atas tilam ataupun pampers anak bocor kan? Nak dibasuh tilamnya, susah! Bukan saja besar dan berat malah lama pula nak dikeringkan. Jadi macam mana nak selesaikan masalah ini ya?

Bersihkan kesan air kencing sebaik mungkin. Tekap lebihan lembapan dengan tuala lama. Kemudian, spray Body Odourless dari DeXandra pada kesan tersebut. Buka kipas dan biar ia berangin sedikit. Insya-Allah, dapat menghilangkan bau hancing pada tilam di bilik tidur anda. Tidur malam pun akan lebih lena kerana tilam semakin segar baunya macam baru beli!

Menghilangkan bau rokok

Biarpun kerajaan mewartakan tempat-tempat diharamkan merokok, masih lagi ramai yang merokok sekarang ni. Betul tak? Tidak kira peringkat umur, dimana-mana pasti akan ada sahaja perokok. Yang paling merisaukan bila yang dah merokok tinggalkan ‘hadiah’ kepada kita iaitu sisa bau yang meloyakan! Lagi sukar kalau yang merokok tu ialah pasangan sendiri dan dia merokok di rumah atau kereta kita. Nak pujuk suruh berhenti mestilah take time. Jadi sekarang kurangkan kerisauan korang kerana Body Odourless ini dapat menghilangkan bau-bau rokok. Bukan setakat bau rokok sahaja bau masam pun boleh hilang tau.

Membantu untuk mengecutkan Miss J di muka

Apabila terlalu busy dengan kerja dan tugas seharian kulit muka pun kita akan kurang jaga sampaikan boleh munculnya Miss J di muka. Siapa je yang tak stress kan bila jerawat muncul di muka? Confirm stress memikir macam mana nak cover muka yang sudah berjerawat itu. Jangan risau kerana dengan adanya Body Odourless DeXandra kini masalah jerawat di muka boleh kecut dengan mudah kerana di dalam BO adanya bahan seperti garam laut yang membunuh bakteria penyebab jerawat.

Wah, rupanya macam-macam masalah boleh diselesaikan ye dengan menggunakan Body Odourless De’Xandra ini. Nama saja untuk body tapi untuk muka, untuk katil, kerusi dan kereta pun boleh. Patutlah sangat recommended sebab banyak kelebihannya dan harga pun berpatutan. Kalau nak beli, bolehlah dapatkan segera Body Odourless ini pada reseller-reseller DeXandra yang sah ya.
October 31, 2019 — de-xandra Admin