Jadi manusia ni, kalau tak bersosial, tak sah. Kalau ada saja masa terluang, tentunya ada sesi ‘hangout’ bersama kawan-kawan takpun dengan teman istimewa. Seronok sebab bukan saja dapat ‘catch-up’ dengan aktiviti kawan-kawan sekarang, tapi juga dapat bergaya depan kawan-kawan. Ye la, kalau Isnin sampai Jumaat asyik pakai baju office je (lagi bosan, kalau pakai baju uniform!). Masa ni lah nak pakai baju baru seluar baru beg baru…..eh perfume baru juga ke? Taklah… perfume yang kita ada pun boleh di pakai ke event yang kita nak pergi. Cuma pastikanlah jenis perfumenya sesuai dengan tempatnya. Jadi admin sharekan antara event yang korang boleh pergi apabila memakai perfume Twist & Spray.

Seminar 

Seminar atau ‘conference’ biasanya satu program yang agak formal. Ia satu aktiviti di mana ramai orang yang mahir dalam bidang profesional berkumpul menyebarkan ilmu dan memberi pendapat. Jadi di tempat macam ni mesti kita nak tampil paling menonjol tapi pada masa yang sama nampak profesional kan? Haa, untuk membantu diri anda lebih terserlah Wangian Twist & Spray Class mempunyai aroma fresh floral yang lembut. Ia akan meningkatkan aura anda semasa menghadiri seminar. Bukan itu saja anda boleh touch up sepanjang masa tanpa bawa botol besar dalam beg. Bekasnya juga sangat esklusif pasti membuatkan anda nampak elegan. 

Talk show

Talk show adalah event media untuk membincangkan isu-isu semasa. Biasanya yang selalu dibincangkan ialah fesyen, kesihatan, ekonomi, hiburan, dan kupasan berita terkini. Dalam talkshow biasanya anda akan duduk sebaris dengan tokoh terkenal seperti selebriti, bintang filem terkenal, ahli politik, usahawan, social media influencer dan juga blogger-blogger. Jadi jika kita menghadiri majlis seperti ini mestilah kita mahu tampil berkeyakinan dan berbeza daripada panelis lain. Oleh itu aroma Twist & Spray Mode pasti membuatkan anda diingati kerana baunya yang sangat unik.

Fashion show

Event fashion show ini tentu sangat digemari oleh para fashionista kerana ia bukan saja akan menampilkan rekaan terbaru para fashion designer yang terkemuka tapi ia tempat di mana anda juga akan show-off skill berfesyen anda sendiri. Pastinya anda tak mahu kalah dengan model-model cantik dan tampan yang melintasi ‘runway’ bukan. Oleh itu dress up anda di fashion show pastinya ‘wow! Cuma ingat juga ya, pakaian yang wow haruslah diiringi dengan perfume yang sama wow. Jangan tak pakai pula, kerana disebabkan bau badan yang kurang menyenangkan, spoil pula gaya dress up korang! Untuk para lelaki yang ke event fesyen, kami cadangkan Vibe kerana aromanya yang ‘trendy’ mengikut kegemaran masa kini. Sesuaikan dengan sneakers dan pouch bag yang paling latest, tentu nampak seperti jejaka dambaan semua. 

Konsert

Tidak kiralah umur anda 13 atau 30, konsert ‘tour’ sering kali menjadi penantian semua penggemar muzik. Tambah-tambah bila sesuatu konsert itu menampilkan artis-artis kesayangan korang. Walaupun ada segenlintir tiket masuknya boleh semahal gaji sebulan tapi bila dah terlalu fanatic ni sanggup je nak keluarkan duit.  Dapat pula berdiri di hadapan menghadap artis kegemaran bersama-sama fans yang lain. Tapi, dalam melayan lagu tu, kadangkala rasa tak selesa semasa bersesak-sesak dengan ramai penonton ni. Pasti bermacam-macam bau yang kurang menyenangkan akan korang hidu. Haa, jangan jadikan diri anda penyumbang bau tu ya! Bawa sekali Twist & Spray yang boleh selit dalam poket tu! Iya, perfume Twist & Spray ini hanya saiz poket je tau jadi takperlu risau terjatuh atau hilang semasa tengah melayan muzik di tengah-tengah crowd. Untuk para jejaka kaki ‘band’ kami sarankan Rush kerana aroma spicynya kuat, yang tahan lama dan sesuai untuk ruang luas seperti stadium konsert. 

Festival

Festival, dari bahasa Latin berasal dari kata dasar “festa” atau pesta dalam bahasa Indonesia. Festival biasanya adalah event yang besar dan juga meriah yang dilangsungkan dalam masa beberapa hari sahaja. Di festival ini macam-macam aktiviti yang akan diadakan seperti pameran, pertandingan, persembahan unik dan jualan barang murah. Selalunya ke festival kita jarang pergi seorang, mesti dengan kawan dan keluarga. Jadinya untuk mengelakkan dari kawan atau keluarga kita tak senang dengan bau badan kita semasa seharian di festival yang panas rembang tu, jangan lupa untuk spray perfume dulu ya! Kami cadangkan Twist and Spray Glee kerana aromanya menyenangkan dan sesuai dengan mood ceria dan kasual di festival sebegini. Mana tahu bukan saja rakan dan keluarga anda senang hati, malah pengunjung lain juga suka dengan aroma anda. Tak excited ke bila orang lain tegur atau bertanya tentang perfume yang korang pakai? Confirm lah punya! 

Ini antara lima event yang yang biasanya kita pergi untuk bersosial dan bergembira. Tidak kiralah apa eventnya, pastikan bau badan anda tidak menjadi penghalang. Bukan saja ‘dress up’ diri anda dengan sebaiknya malah serlahkan lagi gaya anda dengan wangian untuk membuatkan anda tampil yakin sepanjang hari. Pastikan pilih Twist & Spray bukan saja tahan lama malah mudah dibawa. Itu sahaja yang admin boleh sharekan. Semoga korang semua akan tampil menawan di setiap event yang korang pergi, okay!

July 15, 2023 — de-xandra Admin