Tidak semua dapat peluang pergi ke gym untuk bersenam. Yelah kadangkala ada minggu-minggu sibuk, mesti selalu terperuk di office selesaikan tugas kan. Bila hari sudah larut malam, badan pun dah penat pasti rumah adalah tempat yang paling best untuk kita tuju. Tapi, walaupun anda sudah kepenatan jangan lupa untuk sentiasa push diri sendiri bersenam demi kesihatan dan kecergasan diri. Sebab bila kita tak sihat, kualiti kerja kita pun menurun kan.

 

Tahukah anda, dengan kos yang kecil saja, anda boleh bina bilik gym di rumah sahaja? Ini LIMA alatan gym yang boleh dibeli untuk kegunaan rumah!

 

  1. Twister Board

Twister board adalah satu alat yang digunakan untuk mempertingkatkan rutin senaman sedia ada. Twister board ini berfungsi untuk mengurangkan lemak dibahagian abdomen, punggung, dan kaki. Hanya pusingkan badan ke kiri dan ke kanan dengan menggunakan kelajuan yang dimahukan. Oleh kerana posisi kaki anda kekal tidak bergerak, otot betis bekerja dengan lebih banyak untuk menahan berat badan dari terjatuh. Dengan gaya senaman yang berbeza, otot kaki anda akan lebih kuat serta dapat mengimbangkan badan dengan baik. 

 

  1. Skipping Rope

Alatan yang ‘evergreen’ ini kini dibuat dengan bebola bearing didalam pemegangnya. Ia dapat memastikan langkah lompatan anda selaras dan beritma dengan gerakan badan. Saiznya yang portable juga sesuai digunakan didalam rumah serta boleh dibawa ke mana sahaja. Senaman lompat tali ini bukan sahaja dapat mensasarkan senaman cardio satu badan, malah dapat meningkatkan tumbesaran otot pada abdomen dan lengan. 

  1. Treadmill

Treadmill ini amat sesuai bagi anda yang tidak gemarkan aktiviti di luar rumah. Anda boleh gunakan mesin cardio ini untuk berjalan, berjoging atau berlari didalam rumah. Mesin ini mempunyai bukan saja penyelaras kelajuan malah boleh buat tetapan “incline”, seperti berlari atas bukit. Senaman larian merangsang otot seluruh badan untuk mensasarkan penurunan berat dan dapat menguatkan otot jantung serta menurunkan kadar kolestrol anda. Kini terdapat treadmill yang ringan dan kompak yang boleh dilipat dan disimpan jika tidak digunakan. Yang penting pilihlah yang selesa dengan bajet anda!

  1. Dumbbell

Dumbbell ialah sejenis alatan pemberat yang digunakan dalam latihan angkat berat. Ianya bebas digunakan sebagai pemberat tambahan ketika melakukan senaman squat dan lunges untuk kaki dan punggung. Dumbbell ini sesuai untuk senaman biceps dan sering digunakan dalam senaman untuk menguatkan dan membentuk otot dada. Otot dada yang elok terbentuk akan memberikan bentuk badan yang menarik bukan saja bagi lelaki malah wanita.

  1. Sit up bench

Sit up bench ini adalah peralatan senaman klasik yang digunakan untuk melatih abdomen anda. Kini terdapat sit up bench multifungsi yang kompak dan ringan untuk kegunaan rumah. Ada juga sit up bench multifungsi yang dilegkapi dengan bar penyangkut kaki dan pedal basikal pegun. Alat ini boleh digunakan bersama dumbbell untuk melatih otot lengan dan dada anda. 

Haa, lepas anda baca artikel ini mesti anda berangan untuk bina gym sendiri kan dekat rumah kan?  Bila sudah ada peralatan gym ini dirumah tiada lagi alasan untuk anda tidak melakukan senaman walaupun busy. Yelah, bukan setakat takyah keluar dari rumah sahaja untuk bersenam malahan anda juga tidak perlu bayar bulan-bulan pusat gym. 

 

Tapi masa anda nak workout tu mesti nak kena ada semangat kan? Betul tak? Untuk anda nak dapatkan semangat ketika bersenam spraylah twist & spray #Vibe ini. Aroma citrus dari #Vibe ini akan membuatkan anda sentiasa berasa segar.

 

Biasalah bila tengah workout, badan mesti mandi peluh dan baunya kurang menyenangkan, betul tak? Tak bestlah bila badan dah mandi peluh lepastu nak keluar pun segan. Haa, bila lagi nak try aroma Twist & Spray Vibe ni kalau bukan sekarang. Confirm terus segar lepas sekali spray. Cepat tau jangan sampai terlepas peluang nak rasa aroma Vibe ini.

 

Layari www.dexandra.com/chooseyours!

July 23, 2019 — de-xandra Admin